Gambaran umum Teori persekongkolan

Penganut teori ini pun terbelah dalam dua kubu utama. Kumpulan pertama adalah mereka yang hanya percaya bahawa segala hal mungkin terjadi apabila ada sokongan argumentasi yang kuat, fakta tepat, data ilmiah, pendapat yang boleh disahkan kebenarannya, tokoh-tokoh yang nyata, sejarah yang memang ada dan bukan mitos, dan sebagainya. Kumpulan ini percaya John F. Kennedy sebenarnya tidak ditembak, tetapi diselamatkan oleh makhluk angkasa luar, misalnya. Kumpulan kedua adalah mereka yang percaya tanpa syarat alias mereka yang menganggap apa yang berlaku sudah dirancang sedemikian rupa, yang acapkali menyambung dengan mitos, legenda, ghaib, dan sebagainya. Misalnya, mereka percaya bahawa serangan 11 September sudah dirancang sebagaimana yang terlihat pada lipatan wang kertas 20 dolar AS; di mana apabila kita melipat wang itu sedemikian rupa akan tercipta gambar menara kembar yang terbakar.

Teori tersebut memang benar adanya, itu boleh dibuktikan dari hal-hal kecil seperti: apabila kita bermain poker dengan jumlah pemain 5 orang, maka kita boleh melakukan konspirasi terhadap 3 pemain lain, sehingga hasil dari kekalahan 1 pemain yang merupakan calon korban konspirator boleh dibahagikan berempat, dan cara itu biasa digunakan oleh pejudi-pejudi terkenal.